Tuesday, 20 November 2012

ISRAEL atau YAHUDI?

‫بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum W.B.T :)
Alhamdulillah, syukur pada Ilahi yang telah mengurniakan nikmat sihat kepada hamba2-Nya..

bagaimanakah keadaan pejuang2 Islam kita di Palestin sana?
sayu hati ni bila melihat kekejaman yg berlaku kepada saudara Islam kita... :'(
disaat kita selesa dengan kehidupan kita di sini, bergelak ketawa, bersorak riang,
tentera2 israel sedang rancak menzalimi saudara kita disana.
mereka sangat2 kejam mengangkat senjata tepat kearah saudara2 kita.

Kita memang tidak mampu untuk mengangkat senjata melawan semula tentera2 zionis,
tapi kita mampu menadah tangan kepada Allah SWT memohon semoga saudara Islam kita di sana di beri perlindungan dan keamanan. Amin.
In Sya Allah! Allah lindungi mereka.,

Di FB memang ramai yg post mengenai perkembangan di Gaza., hampir semua rakan fb yg sgt prihatin dan mengingatkan kita agar x lupa mendoakan saudara2 kita di Gaza.
apa yg sy nk bgitau kt entry kali ni tentang doa yg kita pohon kpd Allah untuk meminta Israel dilaknat.
korang semua mesti pernah baca kan status mcm ni?


saya mmg x berapa yakin dengan status ni, then sy tnye ustaz study circle sy, . ni jawapannye :)


yang ni terjemahan surah aali Imran : 93
"Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Isra’il, kecuali makanan yang diharamkan oleh Isra’il (Nabi Ya’qub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakalah (wahai Muhammad): “(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Isra’il sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.”


ini pulak jawapan ustaz :)


so, conclusionnye kalau kita tahu tentang ni silalah berdoa dengan menyebut 'Israel' atau tentera zionis, lagipun betul kata ustaz, Allah paham ap yg kita mksudkan..so, keep on praying ye sahabat2 semua :)
"YA ALLAH!! SEBAGAIMANA KAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG2 ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KEPADA SAUDARA2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN, HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA"- AMIN.

Saturday, 17 November 2012

Resepi Kek Gulung

‫بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Assalamualaikum W.B.T

14 november 2012 - birthday abglong yg ke 23. (dah x teenager dah) hehe, :p
2 hari sblum tarikh ni along mintak kan saya buatkan kek coklat + red velvet utk hari jadi dye, haha buat la sndiri, x malu mintak2 kt orang. hohoho :p   *gurauan semata*
camane pun lastly hana buat la jgak kek untuk abglong hana.... tapi! bkan kek yg mcm dye mintak tau. sbnarnye da buat kek coklat, tp x jd..kek tu hangit. huhu then try resepi lain pulak. so, jadilah kek dye mcm dlm gambar kt bawah ni ha...hehe

kek gulung khas buat abglong :


amacam, menarik x? nampak cam sedap kan? hehe *syok sendiri plak.. :p
meh nk share resepi, kalau nak yg ori pnye resepi try mintak tolong kat encik google ye, yang ni hana dah ubah2 sikit sebab x ckup bahan hari tu :)

bahan-bahan :
80 g tepung gandum (diayak)
3 biji telur 
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna hijau dan biru

cara-cara :
1. Panaskan oven 170-180C. sambil tu sediakan loyang-Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
2. Campur semua bahan (kecuali minyak dan pewarna) dalam mangkuk adunan, pastu putar sampai gebu. 
3. Tuang minyak masak sikit2 dan kacau sampai sebati  
4. asingkan sedikit untuk diwarnakan dengan pewarna biru dan hijau. 
5. Tuang adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan biru dan hijau di atasnya.(kalau rajin sangat wt je pape corak pun :)) tak payah tekan atau ratakan. 
6. Kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit. (saya guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit je). 7. Bila dah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan. 
8. lepastu boleh la sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri kat atas kek tu .
9. Gulung kek dengan kemas. 
last skali bolehlah dipotong dan dihidangkan kek tu .

kek setelah dipotong
 
sebelum masuk dalam oven
setelah masak dan digulung

macam biasa lah, kalau nk try jgn lpe bagitau camne hasilnye ok? :)


*teringin nak tlg saudara2 kita kt Gaza, tlg diorang berjihad, -hanya mampu berdoa  :')

Tuesday, 13 November 2012

kisah Diri dan Jubah

Assalamualaikum W.B.T

Terlebih dahulu saya nk ucapkan terima kasih sebab sudi baca n follow blog saya. saya juga nak minta maaf andai anda semua x berpuas hati dengan post2 saya yang sebelum ni....yelah,  saya sebenarnya kureng sikit bab2 menulis ni.. semua post saya ni saya main bantai je nak tulis apa, hehe ^^ maaf ye andai post saya x menepati citarasa korang semua *senyum* :)

ok, entry kali ni hana nak cakap pasal 'JUBAH' . sape ada jubah ? or xde jubah sendiri tapi pernah pakai? (x kisah la sape2 punya pon)

haa...ni nak citer sikit, ni pandangan sendiri tau. Sebelum masuk CFS ni saya mmg x terpandang pun jubah sebagai pakaian untuk para muslimah, yang saya tau cuma baju kurung dan baju labuh, tudung labuh....hmm..jubah yang saya nampak kat kedai ke kat mne2 semua jubah yang sendat n x patut pun dipanggil JUBAH. =.=''

Lepas masuk CFS, saya tengok ramai gadis2 yang pakai jubah, tapi majoriti pakai jubah yang X SENDAT la., lawa pulak tengok dorang pakai,..lagi2 gadis2 yang pakai jubah dan bertudung labuh.. bila tengok diorang rasa macam nak kawan ngan diorang. seyes.!.seronok sangat tengok orang berpakaian macam ni sampaikan timbul perasaan dalam diri ni nak pakai macam tu jugak.

Bila tengok diorang2 ni, saya mula muhasabah diri balik, tengok pakaian kita camne. saya mula bandingkan antara saya dan mereka. hmmmm...jangan berhenti muhasabah Hana! cari kawan yang boleh bantu kita tingkatkan diri kearah melakukan kebaikan! saya mengimpikan untuk jadi macam mereka, tutup aurat dengan sempurna.

ok, ni cerita Hana pulak. first time saya pakai jubah masa event Grand Charity Iftar gabungan MEDCY-IDEA masa sem1 11/12 yang lepas. final meeting before event tu diorang semua sepakat decide pakaian- jubah hitam dan tudung putih bagi sisters n kopiah putih bagi brothers. *saya tersenyum lebar* (dapat jugak merasa pakai jubah. hehe. tapi jubah pinjam la.. saya xde jubah lagi masa tu.. ^^ first word yang terlintas bila pakai jubah tu - SELESA ! serius. lagi selesa dari baju kurung :) *teringin nak ada jubah sendiri*

ni geng2 preptech mase GCI
Nadiah, Husna, Hana, Zara(MEDCY), Nik, Syahid,
Ainuddin dan Shahin(MEDCY) 

then, masa balik uma ada jgak bagitau umi, nak jubah..tapi umi ckp 'NANTILAH DULU'. tiap kali pegi shopping ngan umi tu je lah jwpn yg umi bg.. tp xpe, SABAR, and at last! dapat jgak beli 1 jubah . YEAY! da ada jubah sendiri. ! hehe *syok* (tp jubah murah je..x pandai lah pakai barang mahal)

tu cerita sem3-dapat 1 jubah.. sem ni pulak...masa cuti  skolah hari tu umi blajar jahit jubah dari kaklong(anak toksu lah). balik je Shah Alam saya ikut umi pegi beli kain nk wt baju raya, teringin nak pakai jubah masa raya tapi umi cakap x sempat sbb umi kan baru je blajar, takut rosak kain nanti,. then after raya jubah saya pn siap dijahit oleh UMI TERCINTA .hehe.,jubah polos tapi selesa dipakai. umi memang pandai menjahit. *sayang umi*

tapi, ada cerita yang x best - soalan aku- "nak pakai jubah perlu  kena ada sebab ke??"

*nak pakai jubah sebenarnye x perlu bersebab pun,. xkan lah nak pakai jubah semata2 nak pegi masjid je kot? open minded sikit boleh? terima kasih :)

kisahnya camni, aku dipandang slack dan diperli oleh 'nenek' (bkn nenek sbnr) gara2 pakai jubah pergi jumpa kawan kt KB Mall. patutkah? -.-''

     nenek : eh, pakai gini ke jumpa saing2(kwn2) sakni?
     saya   : a'ah, knapa, x boleh ke?
     nenek : g kbmall pakai gini?? (still beliau tanye lagi mgkin pelik bagi dye)
     saya   : alah, jumpa kawan2 je, pakai jubah kan lagi elok dari pakai t-shirt?
     nenek : x payoh ko nok jale? nok shopping2 lagi..
     saya   : biasa je..pkai cmne2 pn boleh g shopping jgak..xde susah pn na nk jalan? hehe (bagi jawapan cmni sebab malas nak layan 'nenek' yang suka kondem orang..hee~)

sebenarnye saya terkilan kot, 'nenek' boleh pertikaikan pemakaian jubah..huhu..x salah lah kalau nak pergi shopping pakai jubah..n kalau nak tau, jubah2 ni banyak yang complete tutup aurat . (bagi yang x salah guna lah...)

Allah pernah berfirman : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"            [Surah An-Nur ayat 31]


dah jelas kan ayat ni . Allah dah bagitau siap2 pasal aurat ni. manusia je yang degil..kan?
last untuk entry ni...doa kan saya supaya konsisten melakukan kebaikan ea..dan doakan semoga kita sama2 berjaya dalam hidup dan mengikut syariat Islam ^^




sekian, minta maaf sekali lagi..

akhir kalam - SALAM MAAL HIJRAH :)
Assalamualaikum ;)

Thursday, 1 November 2012

RED VELVET AIDILADHA ;)


Assalamualaikum W.B.T :)

last post - 19 Julai 2012 ...............
hmmmmm...

sekarang 1 November.!

 ^O^!

whoao~~lama betul x update blog nih ! 3 bulan lebih ni kot.. hoho.
baru perasan yang sebelum ni sikit sangat resepi makanan yang kite post kan? tgok2 balik, cuma ada resepi
biskut coklat chip , kuih puteri mandi dan  lauk kari kepala ikan je.. (klik link kalau nak tengok balik eh :))
sooo......
hmmm... kali ni kite nak share pulak macam mana nak buat kek red velvet . :D
mesti ramai yang pernah makan kan? jap. kalau ada yang pernah buat kek ni,. share2 la jgak resepi kat kite, nak try resepi korang jugak. mane tau korang punya lagi sedap ke? :)


 Haa., ni hasil kek yang kite buat. hehe. kite namakan kek ni red velvet AidilAdha sebab kite buat kek ni mse hari raya haji hari tu, :) tapi topping dye x cantik. sebab x brape reti nk buat. ada sesape nak tlg ajar x? :3

erm,nak resepi? nah amek.. hehe. ni kite bagi resepi untuk wat 1 kg kek. tapi aritu kite wat 500g je..hihi


bahan2 untuk kek:-
1kg tepung red velvet (boleh cari kt kedai De'manis Enterprise *klik link ni) #tapi kat kedai kek mane2 pn ada kot? kite slalu beli barang2 nk wat kek or biskut ni kt De'manis or Bagus Baking Center )

400g minyak (kite gune minyak masak)

200g air kosong (air sejuk pun boleh)


bahan-bahan topping
500g cream cheese
150g gula aising

Cara-cara
1. tak payah pening-pening kepala, campurkan je semua bahan dalam mixer dan pukul sampai sebati. guna kelajuan sederhana dah ok.
2. masukkan dalam paper cup . kalau nak buat kek masuk kan lah dalam loyang eh.
3. bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1/2 jam untuk cupcake. 
4. sambil bakar tu boleh prepare topping. campurkan je cream cheese tu dgn gula aising dan pukul sampai sebati. 
5. dah habis bakar, tunggu sampai kek/cupcake sejuk sebelum hias dgn topping cheese tu. ikut kreativiti la ye nak hias mcm mana




so, tu je resepi dye...senang kan? :) jomlah try2 wat.

Thursday, 19 July 2012

peringatan untuk diri sendiri :)


Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum, jangan membuat orang menangis.

Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, jangan menghancurkan orang lain.

Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.

Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.

Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.

" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."

KADANG KADANG dalam hidup ini :

Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.

Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.

Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.

Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang miskin mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.

Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.

Orang yang normal mahu anda melihat betapa sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.

BERSYUKUR kerana kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan serangan dugaan yang datang dari pelbagai penjuru.

Sunday, 15 July 2012

one big family ♥ (part 1)


One Big Family
LQM1124 / G203

PEPIAS :)

LEM0520 / G203

sambut bday Ainon & Faiz :)

jamuan akhir sem 3 2011/2012 :)

adik2 seafield yang tersayang :)


 Lyrics
By: Maher Zain

I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Pre-chorus:
Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Chorus:
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family
It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

PRE-CHORUS

CHORUS

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

CHORUS

Lyrics & Melody: Maher Zain
Arrangement: Mustafa Ceceli & Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti))

Friday, 6 July 2012

PENYESALANKAH INI??

Bismillahirahmaanirrahim.......

sebenarnya, xde apa yang penting pn yg nak dikongsi.,.
aku cuma keliru...
keliru dengan ap yang aku inginkan..
dan..
apa yang aku mahukan...

eh??

lain ke dua2 tu?

hmm.,
ntahlah.....
aku keliru sangat2..

x payah baca la post ni,. buang masa korang je....
tapi..
jari jemari aku masih lagi nak menari2 kat keypad ni..
ntah apa yg mendorang pn aku x tau..

hm,,,mmm,,,

nk dipendekkan cerita..
aku kecewa ngan diriku sendiri..
sebab..
x dapat nk pikul tanggungjawab dengan sepenuhnya..
aku gagal, dan aku malu ngan diriku sendiri..
rasa kesal pn ada...

padahal,. kerja yang diberi boleh dikatakan mudah (bagi yg dah biasalah kan). 
tapi bg org yg macam aku ni,. xde pengalaman, yg mengajar pn cam nak xnak je tlong..
haish!

x faham btul lah manusia..
kata kawan,. tp bukan kawan namanya kalau ketepikan kawan semata-mata sebab kita berdua x rapat.

KESAL! !

Saturday, 23 June 2012

MAMAT JIWANG versus MINAH BRUTAL



mai la baca ramai2...

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..Minah : Sso what..? Ade aku kisah..Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?Mamat : SetujuMinah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?Mamat : Takde.. Nak wat pe..?Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”Tok kadi : Sah3..Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu... *peace*

Friday, 23 March 2012

Aku Tak Mahu Dikecewakan & Mengecewakan


Biar berjanji tapi jangan mengingkari.
Biar disakiti tapi jangan menyakiti.
Biar dizalimi tapi jangan menzalimi.
Biar dilupakan tapi jangan melupakan.
Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan.
Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan.



Kerana lafaz Insya Allah yang dilafazkan semasa berjanji perlu ada azam untuk cuba menyempurnakannya.
Kerana mulianya manusia apabila telah berjanji dan dia menunaikannya.
Kerana orang-orang yang memungkiri janji ibarat menulis Munafiq pada dahi bawah kepalanya.

Aku bimbang aku itu yang pernah datang mengingatkan.
Tetapi, akhirnya aku sendiri yang pergi meninggalkan.
Bertindak ingkar tidak beringat dengan pesanan yang pernah aku titipkan.

Aku kesal aku itu yang pernah memberikan harapan. Tetapi, akhirnya aku sendiri yang meranapkan segala impian.
Bertindak gopoh tidak peduli dengan hati-hati yang kutaburi manisnya perjanjian.

Aku takut. Kalau bukan aku. Mungkin hati mereka yang akan terluka. Kalau bukan aku. Mungkin hati mereka yang akan kecewa. Dan sekiranya hati mereka terluka. Dan sekiranya hati mereka kecewa. Hatiku juga akan patah kerana melukakan dan mengecewakan mereka bererti sama saja aku melukakan dan mengecewakan diriku sendiri.

Ya Allah. Tiada Tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Tunjukkanlah aku di mana pintu. Tunjukkanlah aku huluran tangan. Tunjukkanlah aku di mana jalan. Hingga hamba-Mu ini lurus masuk tiada kekecewaan. Dan semoga segala janji itu dapat juga aku tunaikan.

Thursday, 16 February 2012

Atas Nama Cinta



“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan akuberlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutangyang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.” (H.R. Abu Umamah dan AbuSa’id)

•*• Untukmu yang akan menjadi IMAMKU nanti
•*• siapa pun dirimu jika nanti Allah mempertemukan
•*• mempersatukan kita dalam Ikatan suci pernikahan
•*• Ku harap dirimu akan menjadikan diriku sebagai PERMAISURI DI HATIMU
•*• setelah ketaatan dan Kecintaanmu kepada Allah
•*• dan bisa menjadi seorang IMAM yang adil dan Bijaksana
•*• terhadap isteri dan Anak-anakmu nanti

~> Pesananku : * Jangan biarkan diriku menjadi penghalang dirimu untuk menegakkan Agama Allah *:

..::.. Semoga Allah akan mempermudahkan langkah  ..::..





Atas Nama Cinta


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Friday, 10 February 2012

Wednesday, 8 February 2012

:: 13 AURAT WANITA ::



1. Bulu kening -
Menurut Bukhari," Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening "- Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
"Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal" kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka" - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya" - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah" - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu". Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. contoh: tudung sarung yg diikat dibelakang leher.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. 
Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja" - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram" - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "- Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka" - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya" - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah" - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti" - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya" -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya" - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday, 23 January 2012

♥♥ 5 k@-0nE - rinduku dedikasikan dengan lagu BERSAMA ♥♥









Pastikan berjaya



♥♥ Madah cinta ku..♥♥




Cinta, cinta itu tempatnya di hati,
Maka kita disuruh menjaga hati..

Panglima hati itu adalah mata,
Maka kita disuruh menjaga pandangan..

Tatkala mata tak terjaga,
Maka begitu pula hati..

Dari mata turun ke hati,
di hati menjadi cinta..

Apakah sebatas cinta dunia,
atau cinta kerana ilahi..

Syariat telah menjaganya,
Jagalah mata, maka terjagalah hati..

Jagalah cinta yang tetap kerana Ilahi..





♥ Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..

♥ Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..

♥ Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA karena Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..

♥ Tunggu Sampai HALAL dulu lah ya?? (^_^)

♥ InsyaAllah.




Saturday, 7 January 2012

Dreams of animals !!!!!!!!!!



juz for fun ^_^v

 ..........
..........
..........

 ..........
.........
..........

 ..........
..........




And the best of all
......
......
......
......
......

......
......
......
......
........
.......
.......
.......
.....

......



Friday, 6 January 2012

Fwd: Guy Laramee Stunning Book Sculptures



  So this is what we do with literature now that we have e-readers? Just kidding. Most people read books on a regular basis, we gain knowledge and obtain lessons that might be applied to our own life in the near future. Designer Guy Laramee has a different viewpoint on paper. He uses those think and heavy book that we remember from College/High school to create beautiful sculptures.
By transforming the edges of vintage books, he is able to create stunning mountains, glacial landscapes, plateaus, and deep valleys. Ironically his works represent the degradation of human culture. He has a strong belief that knowledge is gained by erosion, not accumulation. The following book sculptures are not the only masterpieces he hold under his belt. Feel free to check out his official website for more artwork. We hope you will enjoy this collection and appreciate this unique approach!



















credit to : MR. PRIVATE ^^

Wednesday, 4 January 2012

"Muntahlah atas tangan Amid."


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


entry kali ni nk hebahkan email yg hana dpt dari seseorang.. cerita ni panjang sikit. tapi  harap dapat ambil pengajaran . :'

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .

"Muntahlah atas tangan Amid."
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.

ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.


Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.

Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau satu haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.

Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.