Tuesday, 29 November 2011

Wanita Ibarat Ferrero Rocher




Aku suka rasa di sekolah. Hening, ketika petang menyinsing. Atau terasa damainya ketika senja menyapa.

Nurul Aiman. Sedap namanya, apatah lagi akhlaknya. Gadis, wanita yang sering aku kagum dan memandang tinggi padanya. Bukan wanita, muslimah sebetulnya. Aku selalu memerhati sikap dan perwatakan yang ada pada dirinya, dari jauh sudut di hati. Sikapnya yang tenang, tapi tegas berhikmah terhadap lelaki.

Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menyentuh, menyerlah iman di dada. Sopan, terlalu sopan. Malah, tenang. Melihatnya kadang membuatkan aku terasa suka. Dalam hati, aku selalu menyimpan seribu perasaan. Benarlah sabda Rasulullah Saw, " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. "

Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.

Balasnya,

"Majdi, cinta itu ungkapan yang penuh hikmah. Alangkah ruginya jika ia hanya layu di janji lemah. InsyaAllah, janji Allah senantiasa untukmu. Berharaplah, berdoalah.

Yang solehah itu untuk yang soleh.

Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya."

Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.

"Majdi, insyaAllah. Nanti, Nurul akan ke Amerika. Mengambil bidang ekonomi di sana. InsyaAllah, mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya." Dia menutur perlahan.

"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?" Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.

Dia tersenyum.

"Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Nurul akan cuba menjaga sebaiknya."

Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila..

Petang itu damai. Sedamai bunga yang asyik melambai. Sehingga aku kadang-kadang lalai melihat. Sungguh, Allah maha hebat.

Aku baru selesai membaca mathurat bersama rakan sepejabatku, Rahman di surau office. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya, aku mudah untuk terus istiqamah membaca makthurat setiap hari.

"Majdi, jom makan!" Rahman mengajak.

"Isk, ko ni. Asyik makan je kerja.." Aku menyakat. Ketawa sambil membetulkankan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku yang selalu aku pakai, sengaja cuba menampilkan imej muslim profesional.

"Haha. nak buat macamna. Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja." Katanya sambil ketawa kecil.

Aku ketawa. Sudah sampai sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak apa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika orang tidak kata, aku yang berkata begitu.

Village Muslim Cafe menjadi pilihan. Kopinya di situ memang enak. Terlalu enak malah. Aku selalu terbuai didodoi haruman baunya.

Aku melamunkan fikiran, berfikir tentang pelbagai perkara. Masa dulu, dan masa akan datang. Malah tanggungjawab yang semakin menebal. Biarlah, aku bahagia dengan semua ni. Cuma, kadang-kadang aku teringatkan seseuatu. Seseorang.

"Majdi.."

Sebuah suara yang amat ku kenal.

Amat-amat ku kenal.

Aku berpaling.

Tersenyum. Berdiri seorang wanita. Ayu, lembut perwatakannya. Dengan baju yang seakan gaun putih yang kembang di bawahnya, serta lipatan kain yang membentuk bunga yang amat kemas hingga ke hujung lengan, dia benar-benar kelihatan anggun bersama pakaian begitu.

Pakaian yang seakan-akan buatan Inggeris. Di tangannya tersemat beg bimbit berbunga merah berjalur putih krim, dia memegangnya dengan tangan ke hadapan.

Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian muka. Kadang-kadang ditarik sedikit ke telinga saat disapa dan dibelai angin. Ayu.

Dia tersenyum manis. Amat manis.

Aku mengamati.

Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.

Seakan tak percaya.

"Nurul.. Nurul Aiman..?"

"Ya, saya..." Dia membalas lembut.

Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak Apple dalam cerita 'Le Gardenie' yang pernah aku baca.

Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.

Masing-masing terdiam.

"Ermm.. Awak apa khabar?" Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.

"Err.. alhamdulillah, saya baik je.. ok.. awak?"

"Baik je, sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam.."

"Erm.." Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.

Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.

Nurul melihat jamnya.

"Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan.." Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.

Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.

"Ambil ni. Kita jumpa ya?" Dia menghulurkan.

"Minta diri, assalamu'alaikum..." Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.

"Restoran Zahrah

9.00 pm "

Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.

"Majdi?" Rahman memanggil, mematikan lamunan.

"Siapa tadi?"

"Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ye.." Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.

Nurul Aiman......

Pen Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah ape yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.

Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempadak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.

Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, lansung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.

Dia masih tergamam, terkelu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.

"Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?" Fikirnya dalam hati.

Dia diam. Sengaja biarkan alam menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.

"Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. " Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.

Majdi mendongak.

"Rahman.." Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.

"Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya.."

Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.

"Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?" Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.

"Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka.."

"Allah.. tak pernah menguji hambaNya.. melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga.." Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.

"Ya.." Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.

Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan kondisi dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.

Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada. Alunan muzik yang sentimental turut menghiasi suasana.

Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.

Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.

"Silalah.." Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan abaya berwarna krim cair.

Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Dari jauh, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang bersauh di perlabuhan.

"Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya.." Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.

Masing-masing diam.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamna hidup awak? Ok?.." Dia membuka perbualan sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?"

Dia tertawa kecil.

" Everything is changed Majdi.."

"Tapi.."

"Tapi? "

"Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul.."

"Erm.."

Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh....

Lalu.. Nurul menceritakan bagaimana dia “terpaksa” berubah..

"What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Nurul?"

Hahahaha!

Bederai satu kelas ketawa. Wajah Nurul menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Califonia, Amerika Syarikat.

Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.

"Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap.."

"Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik.."

"Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah.."

Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dngan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.

"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?"

Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti. Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.

Sendiri. Terasing.

Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang lecturer di situ. Dengan tujuan ingin membuat consultation atas subjek yang amat kurang difahaminya.

Tanpa memandang wajahnya, lecturernya berkata. Kasar.

"As long as you still with your veil.. I don't wanna speak with u.."

Nurul terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.

Dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan.

Amat-amat tertekan.

Dan esoknya..

Hadir seorang wanita, berambut lurus dan tersisir kemas. Memasuki kelas sambil melangkah malu..

**************************************

"Kembalilah kepada Nurul yang pernah saya kenal dahulu..

Nurul berpaling, tersenyum lesu, memandang aku dalam-dalam, penuh makna.

"Ia tak semudah yang difikirkan Majdi.."

"Seandainya, saya dapat memutar masa kembali..."

Nurul mengeluh lesu.

"Awak masih ada masa, Nurul.." Aku tersenyum.

"Awak tau Nurul. Wanita, ibarat coklat."

Majdi mengambil Ferrero Rocher di dalam bekas kaca di atas meja. Mengambil dua. Membuka satu. Plastik kuning keemasannya di buka sebaiknya.

"Coklat?"

"Ya, coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya..."

Majdi menjatuhkan keduanya ke lantai.

"Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka itu terjatuh. Pasti orang akan memilih.."

"Pasti orang memilih yang berbalut kan? Kerana yang terbuka itu sudah dicemari, sudah kotor, sudah tak berharga. Kan?" Nurul menjawab. Terus menunduk.

Riak wajahnya bertukar mendung.

"Dan saya adalah coklat yang kotor itu.." Wajahnya hampir menangis.

Aku tersenyum.

"Ya, mungkin orang akan pilih yang berbalut kemas.“

“Indahkan Islam? Indahnya Islam dalam meninggikan imej dan martabat seorang wanita seperti yang terkandung dalam surah al ahzab ayat 59, Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup aurat) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu). Nurul,segala apa yang di atur oleh Allah itu memang sentiasa mengandungi hikmah yang amat baik untuk kita.”

Lalu Majdi mengambil coklat yang jatuh. Meletakkan atas meja.

Aku tersenyum lagi.

"Tapi saya lain. Saya akan mengambil coklat yang lagi satu. Saya akan ambil dan saya akan basuh balik sebersih-bersihnya. Saya akan balut semula sekemas dan secantiknya. Dan selagi masih hidup, selagi punya masa. Saya akan menjaganya sebaik-baiknya sampai bila-bila dan insyaAllah sehingga mampu bersama-sama menjejak ke syurgaNya.."

Nurul mengangkat kepala. Seakan tak percaya.. Hatinya berbisik memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.

“Ya Allah, terima kasih Ya Allah menganugerahkan hambaMu ini seorang Insan yang tulus mencintaiku keranaMu, yang sanggup membawaku kembali kepada jalan yang diredhaiMu..”

“Nurul Aiman, sudikah awak menjadi rezeki terindah yang dianugerahkan-Nya buat saya? Sudikah awak menjadi makmum dalam solat saya? Sudikah awak bersama-sama saya mengikat pertalian cinta yang InsyaAllah diredhaiNya hingga ke syurga?” lamar Majdi.

Nurul tunduk diam.. Malu…

“Nurul, kenapa awak diam…..?mak saya kate diam tanda setuju tau. Betul kan. Bila boleh saya hantar rombongan ni? hehe”, usik Majdi.

Kepalanya dianggukkan, sambil senyuman manis terukir di wajah mulus nurul.. lalu airmata mengalir di pipi halusnya... Terharu……

dipetik dari : http://www.ilmi-islam.com/karya/cerpen/198-wanita-ibarat-ferrero-rocher

~✿..Menjadi mawar berduri..✿~



~✿..Menjadi mawar berduri itu LEBIH BAIK daripada bunga-bunga tidak berduri yang boleh DIPEGANG sembarangan..jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri..apabila tiada duri, tiada lagi BENTENG yang boleh melindungi KEINDAHAN si bunga daripada sewenang-wenangnya DIDEKATI sang kumbang..lantas, TERCEMARLAH keindahan dan MURAHLAH nilainya..✿~

Duri mawar itulah ditasbihkan dengan PERBATASAN AURAT, AKHLAK dan AL-HAYA'..

 MUSLIMAH SEJATI bukan hanya untuk dipermain-mainkan..bukan hanya untuk dijadikan SANDARAN sementara..tetapi, untuk dijadikan INSAN yang menjadi contoh kepada semua…via sahabat saya

Thursday, 24 November 2011

Surat Daripada Abang Long GF Kalian


Kepada Boyfriend adik aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar... sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa pun.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 adik aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher adik aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 adik aku.. aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan adik aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan adik aku ni, aku lah pelindung tuh... dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham????

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon abang ipar ko..., ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar adik aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal...

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat, ko banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut... aku takde hal ngan kelebihan ko tu.. selagi adik aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali adik aku dah terima ko, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la adik aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat adik aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu adik aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan minah askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le... buat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating, tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. Tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan adik aku terpaksa pakai tshirt takde lengan. Pakai short skirt... Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan adik aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer tak hensem, kepala tak botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah nenek aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni, kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak.. aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar adik abang. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian.
Yg ditakuti,
Abang Long Kepada Gf ko

Wednesday, 23 November 2011

“Aku & Dia Dah Putus…”


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku. dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran. setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak. Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”


p/s :  Semoga bermanfaat :)


Manusia : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
Manusia : PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
Manusia BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Friday, 18 November 2011

Cuti-Cuti Sem : Biskut Coklat Chip

Assalamualaikum W.B.T
entry kli nie hana nk share resepi biskut feveret family hana =D

biskut ape? ..coklat cip la opcoz..=)

biskut nie law jual mse raya mmg laku..x yah cakap r..mesti pnye...hihi..
cme raya taun nie j yg x jual..taun nie sibok pomote coklat =D
coklat lg laku tahu? x cye tnye roomate hana kt cfs nuh..hehe~

law ad rezeki raya taun dpan nk stat blik pomote bskut nie..law dlu ad pelanggan tetap tp taun nie dye x order plak..maybe sebab bz kot..yela one-year program an? jdual pack.. kdg2 nk g blik dye pon dye xde..ish2..
sempat bg sample j kt dye..2 pn kirim kt roomate dye..uhuh..

sokey..jom tgok resepi nih ^^

bahan-bahan :
500 gm butter
300 gm gula perang
100 gm gula castor (hana blend gula kasar j. malas nk g bli..=p)
2 sudu teh esen vanila
10 gm garam (agak2..jgn terlalu byk)
4 bji telur
660 gm tepung gandum
100 gm tpung jagung
10 gm serbuk penaik (ni pn agak2 j.spe yg biasa wt bskut 2 taw lh..hee~)
150 gm choc chip (ikut suka nk buh byk mne..xyah rajin sgt nk timbang k. :p)
10 gm emplex (x perlu pn xpe)
50 gm kelapa kering (x perlu pn xpe)

cara-cara :
  1. pukul butter + gula perang + gula castor + esen vanila
  2. campur telur + garam . pukul lagi
  3. ayak tepung gandum + tepung jagung  + serbuk penaik + emplex
  4. campur bhn2 dan uli menjadi doh
  5. campurkan kelapa kering yg telah disangai dan choc chip. bentukkan ikut suka
  6. bakar pada suhu 180c selama 15-20 mnit
**hana penah wt x gne tpung jagung coz tpung jgung abez n xleh nk g kdai coz ujan..so solusinye..hana gne 750 gm tpung gandum..hehe..tp rase dye lg sedap kot dari yg gne tpung jagung..:)

**kelapa kering 2 law nk bubuh xpe law x bubuh pn xpe..x jejas pape..cuma law bubuh rasa dye agak garing cket la..=)

ok korang..try lahh..semoga berjaya ;D

Monday, 14 November 2011

♥ ℒ . ℴ . v . ℯ ♥


Love is ... 
being happy for the other person when they are happy ,
being sad for the person when they are sad ,
being together in good times ,
and being together in bad times..
LOVE is the source of strength. ♥

Love is ... 
being honest with yourself at all times ,
being honest with the other person at all times ,
telling, listening, respecting the truth , and never pretending ..
LOVE is the source of reality. ♥

 Love is ... 
 an understanding that is so complete that
 you feel as if you are a part of the other person ,
accepting the other person just the way they are
and not trying to change them to be something else.
LOVE is the source of unity. ♥

Love is ... 
the freedom to pursue your own desires ,
while sharing your experiences with the other person ,
the growth of one individual alongside of ,
and together with the growth of another individual..
LOVE is the source of success. ♥

Love is ... 
the excitement of planning things together ,
 the excitement of doing things together..
LOVE is the source of the future. ♥

Love is ... 
the fury of the storm ,
the calm in the rainbow..
LOVE is the source of passion. ♥

Love is ... 
giving and taking in a daily situation ,
being patient with each others needs and desires..
LOVE is the source of sharing. ♥

Love is ...
 knowing that the other person
will always be with you regardless of what happens ,
 missing the other person when they are away ,
 but remaining near in heart at all times..
LOVE is the source of security. ♥

Love is ...the sorce of LIFE... ッ

* to anyone that i lurve..  :')

Saturday, 12 November 2011

BEZA LELAKI NAK CARI AWEK DAN LELAKI NAK CARI ISTERI

Assalamualaikum smua..
kt fb ad org post cmnie..
so ase nk share kt blog la plak..uhuh..
baca kt bwh nie..

LELAKI NAK CARI AWEK

ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik

LELAKI NAK CARI ISTERI

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang SUCI jer .


So Paham-paham Lah Ya.. Hati-Hati Yer Wahai Wanita-wanita.. Jangan Terjerat Dengan Ayat Cinta Lelaki Macho.. Dan Jagalah Perangai Mu.. Hati Mu.. Dan Adab Mu..

RENUNGAN BERSAMA.....

Friday, 11 November 2011

Cuti-Cuti Sem : Kari Kepala Ikan

setelah berminggu-minggu bertapa di dapur (cehh~over j lbih! haha..ske ati akulah)
hana  dah berjaya dptkn resepi turun temurun masak kari kepala ikan =D
nah! amek resepi nih..
selamat mencuba =p

Bahan-bahan :
1 ulas bwg besar
1 ulas bwg putih
3 sudu rempah kari
1 tin susu cair
2 cawan air
1 sudu halba campur
kepala ikan (ikan kerapu pisang)
gula melaka
garam
daun kari

Cara-cara :

  1. tumis bawang .+ halba cmpur. + daun kari .
  2. cmpurkan rempah kari . tmbahkan air..
  3. kemudian potong 1/4 gula melaka dan msukkan dalam kuali td
  4. bila dah kering msukkan ikan . dan cmpurkan susu cair sedikit demi sedikit
  5.  campurkan garam secukup rasa
bila dah masak ..ap lg?bolehla dihidang..=)

*simple an?tp sbnarnye hana  x reti nk terangkan cmne..eheh=p

Monday, 7 November 2011

Cuti-Cuti Sem : Puteri Mandi

assalamualaikum w.b.t

disebabkan cuti sem yg agak panjang ..hana  try2 la nk jd cam suri rumah (cehh~=p) haha..so one evening 2 hana  try wt kueh puteri mandi atau nme laen dye butir nangka . first time buat on my own *bangga jap* haha
rasa dye mesti r bez...xkan xbez kot?hehe=p

nie nk share resepi. try r ^_^v

bhn2
2 cawan tepung beras pulut
1 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil halba
200ml santan ( aku gne 2 cawan j)
2 helai daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna (ske ati r nk warna ap pon..tp aku gne merah n ijau =D)

Cara-cara :

  1. gaulkan tepung bersama air sampai jadi doh
  2. kemudian bahagikan kpd 2 bhgian
  3. campurkan pewarna hijau dan pewarna merah untuk setiap adunan. biar warna sekata pada doh.
  4. selepas tu bentukkan bulat2 atau lonjong - ikut style sndiri . masukkan ke dalam air rebusan yg mendidih
  5. setelah masak. angkat dan toskan..
  6. untuk kuah.-didihkan santan bersama gula garam dan halba. basuh daun pandan td dan didih skali ngan santan
  7. kemudian masukkan kuih ke dalam santan yg tlh masak.
DONE! sedia dihidang..

selamat mencuba ! ♥ ^_^ ♥

Sunday, 6 November 2011

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
....

Saturday, 5 November 2011

DIAM..


Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap diterjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

jesteru..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM..

Thursday, 3 November 2011

~~~ANDA DAN BANTAL~~~

1)Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus danjiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapaicita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Sian betul mereka nih... pegi kedai belilah satu...bknnya mahal sgt pon...

^___^