Monday, 31 October 2011

:..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::



Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

Sunday, 30 October 2011

Mungkinkah Kau Yang Teristimewa


keikhlasan dicalari..
kepercayaan didustai..
kesetiaan dicurangi..
tiada ruang utk memahami
tiada ruang utk mendekati..
carikkan mimpi ngeri menghantui..
bekasan cinta itu ada lagi..
apa lagi yg tinggal utk sekeping hati?
hanya sebak didada yg terus melekat dihati..
ragut segala yg ada...
yg terjadi sudah terjadi..
jgn takut mengakui..
hingga sanggup dihina begitu sekali
hati tk pandai berdusta..
tanya sama hati..
harga CINTAMU padaku..
ku tahu sedari dulu lagi...dan yakin kau tahu itu semua sebelum aku.

Betulkah Cinta Kita ?

Jika Bercinta, Masa Bersama Rasa Sekejap, Tak Puas,
Jika Bercinta, Panas Tak Terasa Walau Tiada Bumbung,
Jika Bercinta, Bercakap 3 Jam Terasa 3 Minit,
Jika Bercinta, Nak Jumpa Akan Pakai Wangi2, Cantik2.
Jika Bercinta, Apa Diminta Diusahakan Sebaik Habis.
Jika Bercinta, Taat Setia, Sanggup Menunggu Lama.
Jika Bercinta, Asik Teringat Kata-Kata, Asik Teringat Dalam Hati....

Itu Fenomena Normal Bercinta Lelaki Dan Wanita... Kenapa Tidak Begitu Apabila Bercinta Dengan Allah Swt?

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Solat Tak Rasa Berat, Tak Puas Solat Wajib, Tambah Pula Solat Sunnat, Solat Malam.

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Keluar Berdakwah Menyebarkan Agama Islam, Panas Terik Padang Pasir Boleh Tahan, Apatah Lagi Panas Terik Malaysia Yg Byk Wap Air Humidity Tinggi.

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Mulut Sentiasa Berzikir, Hati Sentiasa Berzikir, Sentiasa Berkomunikasi Melalui Doa-Doa..

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Nak Solat Akan Pakai Wangi2, Cantik2, Kemas2,

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Apa Sahaja Suruhan Allah Swt Akan Dituruti Walaupun Tak Selari Dengan Nafsu Dan Kehendak Peribadi.

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Taat Setia, Sanggup Berkorban Apa Sahaja Demi Suruhan, Larangan, Permintaan, Saranan Dari Allah Swt Di Dalam Al-Quran

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Asyik Teringat Ayat Al-Quran Yang Merupakan Kalamullah, Kata-Kata Allah Swt Melalui Kitabnya.

Realitinya Betulkah Cinta Kita?

Saturday, 29 October 2011

‎9 CARA REDHAKAN SAKIT HATI SELEPAS PUTUS CINTA





Putus cinta memang menyakitkan, tapi cubalah untuk tidak terjebak dalam kesedihan berlarutan Dilansir Your Romance Guide, ada sembilan cara yang boleh dilakukan untuk meredakan sakit hati setelah putus cinta:

1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.

2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.

3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.

6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.
9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan lterus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas keaksih anda

.
Kisah Cinta Sejati ~~Aiman <3 Syahirah

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...

Friday, 28 October 2011

EKSPO BUKU ISLAM

Date : 27 oktober 2011
Venue : Tingkat 2 KL Sentral

juwai - hana - syazana
hana n juwai
hana n syazana =)
hana mmg BUKUHOLIC (x perlu dinafikan coz mmg btol pon..ngee~)..nie kali ke-2 hana g ekspo ngan kengkawan =D
nk arap g ngan family? mmg x r..sume cam bz j n x bpe nk mnat bku2 nih except my mom. law ad pown adik hana . syamimi..tp dye mnat novel j...(novel cinta)..mmg harapan j la nk sme mnat ngan aku..huhu..ok STOP.

nk cite sal ari nie plak..hehe~
mula2 plan nk g ramai2..wt gathering lah kononnya..(derr...)..sume pon mle2 ok lah gamaknye..laz2 yg g 2 orang j (syazana n juwai)...haish..trok sungguh..2 org pn 2 orang lahh..janji dpt g ekspo nie..hehe..=)

1000 : bersiap2 smbil tunggu juwai dtg uma =)
1015 : gerak g batu 3..then 2gu syazana kt sne...
1045 : lbey krg 30 minit cm2 kot 2gu syazana smpai..( da lme x jpe..2 taun lbih kot =D)
1115 : smpai kt KL Sentral...=) hana pon ap lg...melilau la g cri bku yg 'WANTED' haha..msuk lam gerbang 2 j da nmpk da 1 bku nie..tjuk dye 'HARAMKAH ROKOK?' ....*before g sne my mom ad pesan soh bli bku nie..mmg untonglah hana jpe bku nie bila setapak kaki msuk ekspo 2..hihi..then...hana cari buku laen..

           ~>SINERGI - Hilal Asyraf
           ~>SMART HEART - Rusdin S. Rauf
           ~>GEN-Q ISU 03
       
           actually nk bli byk lg bku ..erm..tp lari bajet la pulak..hee~so...nanti2 lah pulak..hehe

1205 : dah bayar sume then xde arah nk tuju...haha..g la pusing2 sekitar KL Sentral uh..cam ap tah..haha..then syazana ajk g mid..mkn2..solat..n jalan2..
1640 : bli tiket blik..huhuh..xtaw nk citer ap~mmg skit kaki xya cite la~~huhu

*hana pling benci law nek ktm..huhu..sbb kt c2 laa byk tgok maksiat..plok2 la...raba la mcm ap tah..x malu ke menjadi tontonan umum wahai kalian?  cmne pon hana x brani nk tego..hana cme leyh pesan pd dri hana sndiri agar iman hana kuat n x wt bnda x snonoh cm2..aminn...

Wednesday, 26 October 2011

THE WAY TO ALLAH


(1)
BOY: Hi, May I drop you at your college?
GIRL: No thanks! I have my own means (legs). Better drop some handicapped one.

(2)
BOY: Hello! May I help you to lift your burden?
GIRL: Yes! Can you lift my burden of sins as they have overburdened me.

(3)
BOY: Excuse me! We all are going for a good movie,would u like to join us?
GIRL: No.
Please!
No!Not at all.
BOY: But why?
GIRL: I'm busy with my own.
BOY: What...your own movie? What u mean?
GIRL: My life itself is a real movie for me. I'm busy in making it better.

(4) (when boy staring at u)
GIRL: Hello! Can you show me your modesty?
BOY: How can I show that?
GIRL: Just by lowering your gaze.Don't stare at me again, because Allah is watching you.

(5)
BOY: Hey what happened to you? You seem worried today.Do you need any help?
GIRL: No thanks! I'm good Alhumdulillah. I'm just thinking of my aakhirah.(hereafter)

(6)
BOY: Hey you! I think you are a Muslim. Aren't you?
GIRL: Yes I'm. Why do you ask when you already knew?
Well, you should follow Islam, before following me.

(7)
BOY: Excuse me! Can I have your number please?
GIRL: Why?
BOY: Hmm, I just wanna talk to you, tonight.
BOY: Im sorry I can't, better you talk to my friend.
GIRL: Ok, No problem! May I know who is your friend?
GIRL: Yes, the one who knows the hidden secrets of his slaves.
Talk to him tonight, May you be guided.

(8)
BOY: Oh, Mashallah! You look awesome in this Hijab today.Where did you buy it from?
GIRL: Please!Shut your eyes and heart from me and remember my beloved who created you-The owner of Might n Majesty, the possessor of faith and beauty.

(9)
BOY: Salam! As today is My Birth day, I would like to give you a gift, instead of you giving me.
GIRL: Well, May I know what for?
BOY: Hmm, just I wanna make you happy.No other reason.
GIRL: Ok fine! Give it to an orphan please, I will be more than happy.

(10)
BOY: Excuse me, If you don't mind can I take your picture please?
GIRL: But why?
BOY: You look hot in this new black Hijab.
GIRL: Oh I see, remember the grave will be blacker and the hell will be hotter than this.

(11)
BOY: Dear, I love you!
GIRL: You shouldn't.
BOY: What?
GIRL: You shouldn't love me.
BOY: Why?
GIRL: Because, those who believe are stronger in their love for Allah.(Qur'an#2:165)



These are the times where, even our good Muslim Sisters, come across many situations in their day-to-day life, where they have to confront our sick brothers.
When I say sick, I don't mean physical or mental sickness but moral one.
This post is a tiny reflection of some such situations.

So sisters, when you come across such sick brothers , just pinch them morally instead of just giving negative answers. I hope these moral pinches, will help some of our brothers in curing their sickness.Allah willing!

Monday, 24 October 2011

KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH



Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan
kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan
bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah
sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di
subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...

di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di
dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan
anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang
berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di
jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap
lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan
membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan
laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai
layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti
tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita
sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera
dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin
menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera
bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adab
tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga
anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus
dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Wednesday, 19 October 2011

SEDIKIT KISAH CINTA ♥ ♥


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL...

Tuesday, 18 October 2011

ISLAH NAFSI LIL MUMTAZ FIL JANNAH ...


 by Nur Maizan Nazmal on Tuesday, August 9, 2011 at 1:55am
khususan ila sodiqi terutama wanita yang dilindungi Allah dan berusaha menjaga kesucian hatinya ...

“Assalamua’alaikum warahmatullah,Assalamu’alaikum? warahmatullah…” usai sudah Wardatul Jannah mengimami solat Fardhu Asar bersama ahli halaqahnya.Habis sahaja berdoa,Wardatul Jannah meminta izin untuk mengundurkan
diri terlebih dahulu untuk ke kelas Dirasah fil Qur’an yang diajar oleh Ustazah Nadzirah yang juga ustazah kegemarannya.


Sesampainya di hadapan kelas,ada sekumpulan lelaki yang dikategorikan pelajar perempuan terutama dari Kelantan sebagai ‘juruh’ iaitu lelaki-lelaki yang penampilannya nampak soleh.Mereka tidak akan masuk ke dalam selagi
Ustazah tidak masuk,kerana di dalam hanya ada pelajar-pelajar perempuan.


Wardatul Jannah menundukkan pandangan untuk masuk ke dalam kelas.Rasa malunya makin memuncak bila mana dia terperasan lelaki yang diminatinya dalam diam ada juga di situ.Wardatul Jannah setiap hari menafikan
perasaannya itu,setiap malam dia menangis dan rasa bersalah kerana asyik teringat akan lelaki yang tidak halal baginya itu.


Wardatul Jannah juga tahu bahawa lelaki yang dikenali sebagai Abdullah Mujahid itu,sangat dikasihi sahabat-sahabat serta disayangi pensyarah-pensyarah.Ramai juga para muslimat di kampus amat meminati beliau.Wardatul
Jannah menolak perasaan cemburu bila ia datang menyapa sekali-sekala.
Wardatul Jannah masuk ke kelas dan memberi salam.

“Assalamu’alaikum…”

“Wa’alaikumussalam…”pelajar-pe?lajar wanita yang berada di dalam kelas serentak menjawab.Wardatul Jannah senyum dan mengambil tempat paling hadapan.Wardatul Jannah menyelak sehelai demi sehelai kitab Dirasah fil Qur’an sambil menantikan kedatangan Ustazah Nadzirah.

“Kak Raudhah…,”Hasanah memanggil seperti berbisik.

“Apa?…”

“Sini jap…”

“Akak,saya nak mintak tolong akak boleh?Akak dah kahwin,senang sikit.”

“Eh,apa kaitannya?Apa dia?”

“Akak cakapkan kat Mujahid saya minat dia?”suaranya makin perlahan.Bimbang pelajar-pelajar lain mendengar perbualan mereka.

Wardatul Jannah tersentak mendengar permintaan Hasanah.Dia mula beristighfar.Kedudukannya dihadapan mereka berdua sahaja.Kerana itu dia dapat mendengar dengan jelas tiap kata yang mereka bisikkan.


Wardatul Jannah muhasabah:
“Ya Allah,walaupun aku ada rasa minat pada lelaki itu,tapi aku tidak akan menjual perasaan ini semurah itu.”

Tidak lama selepas itu,Ustazah Nadzirah masuk ke kelas,dan diikuti pelajar-pelajar lelaki yang menunggu di luar kelas tadi.Ustazah memulakan kalam dengan sedikit tazkirah.


“Alhamdulillah,Allah memberi peluang lagi pada kita untuk menghirup udara segar di bumi-Nya,bertemu kawan-kawan kita,belajar,makan,tidur,berca?kap,berfikir,berjalan…dan macam-macam lagi.Kita bersyukur juga,
di antara kita dalam kelas ni,tiada seorang pun yang cacat,patah kaki,pekak,bisu,buta…Allah bagi kita rasa sempurna walaupun hakikatnya,tiada seorang pun yang sempurna,semua ada kelemahan masing-masing.


Anak-anak pelajar,
Allah bagi segalanya yang baik-baik pada kita…
Allah campakkan rasa tenang dalam jiwa-jiwa kita…
Allah sentiasa ada bersama kita, bila kita sedih dan gembira…
Allah tak pernah lupakan kita..
Tapi kita???” Ustazah Nadzirah berhenti menghela nafas.


Wardatul Jannah menunduk malu.Segala perbuatan yang telah dilakukan sebelum ini di nilai semula.Matanya mula berkaca.Ustazah Nadzirah menyambung kalam.


“Anak-anak ustazah yang ustazah kasihi,Allah telah menciptakan kita ada tujuannya,bukan untuk suka-suka,bukan untuk kita main-main,tapi tujuan utamanya adalah untuk kita beribadah kepada-Nya.Apa-apa yang kita buat mesti
kerana Allah.Apa sahaja….!”Ustazah Nadzirah serius menyampaikan seperti ada sesuatu yang telah berlaku.


“Anak-anak,Allah telah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 32:

“Wa la taqrabu zina” yang bermaksud:

“dan jangan kamu dekati zina.”

Tapi kenapa kita nak juga dengan zina?Kenapa?Siapa boleh jawab persoalan ustazah ni?”soal Ustazah Nadzirah sambil menantikan jawapan dari pelajar-pelajarnya.

“Ustazah,mungkin mereka kurang kasih sayang?”jawab Sarah.

“Mungkin tak diajar ilmu agama yang mendalam?”Adam pula memberi pandangan.


“Ustazah,bagi ana,semua ini terjadi,salah satunya adalah kerana tiada yang ingin bawa mereka kembali pada jalan yang benar.Golongan alim,dengan alim,manakala golongan seksi dengan seksi.Pengaruh sekeliling sangat
memberi kesan yang mendalam pada mereka.Jika tak de orang alim bersama mereka,bila mereka nak bersama kita.”tenang jawapan Abdullah Mujahid.


“Ya,tepat sekali Mujahid.Jadi siapa yang nak kena bawa mereka tu?Siapa?Adakah sehingga mereka buang bayi baru kita nak ajak mereka?Bayi-bayi luar nikah tak layak hidup ke?Tadi,on the way ustazah ke sini,ustazah
nampak sekumpulan orang berkumpul di Masjid SHAHS,tersangat kecoh,mulanya ustazah fikir,biasalah budak-budak bising,bila ustazah nampak seperti kaki bayi digonggong seekor kucing,ustazah istighfar panjang,hampir saja
ustazah pengsan di situ.Tapi,ustazah fikir positif dulu,ustazah pergi dan bertanya kisah sebenar.Ya,akhirnya terbukti ada bayi mati,seperti baru dilahirkan,dan dibuang di bawah tangga yang mana tiada orang yang melalui jalan itu.
Tapi dengan izin Allah,Allah bongkarkan melalui kucing ini.Jadi siapa kita?Apa tanggungjawab kita?Berapa banyak dosa nak kita lakukan baru bertaubat?


Anak-anak,Allah hidupkan kita bukan untuk matikan baby…
Itu bukan kerja kita…
Kerja kita apa?Untuk beribadah kepada Allah…
Kenapa pada mula tadi ustazah kata,apa saja kita buat,kena niat kerana Allah?
Sebab…kalau kita nak buat perkara yang melanggar syariat,kita nak niat kerana Allah ke?
Sahaja aku berzina kerana Allah?Tentu tak,kan?Jadi ingat…!Setiap apa yang nak kita lakukan,adalah kerana Allah.Dalam tandas pun,tapi tak perlu zahirkan sebutan kita,dalam hati pun dah cukup.Itu point penting untuk
kita jauhi diri kita dari perkara dosa.Jadi anak-anak,ustazah nak anak-anak fikirkan,apa yang patut kita lakukan untuk menjayakan misi kita?


Ingat,ISLAH NAFSAK,WAD’U GHAIRAK.
Perbaiki diri kamu,dan serulah orang lain.

Tengah kita perbaiki diri juga boleh kita seru orang lain,tak perlu kita betul-betul rasa sempurna baru nak ajak orang lain.Ustazah juga masih memperbaiki diri,anak-anak pelajar masih muda,belajarlah betul-betul,serulah
kawan-kawan serta kenalan-kenalan kamu untuk dekat dengan Allah,bagi mereka rasa ‘izzah bila duduk dalam tarbiah Islam ni.Supaya mereka tidak lagi kembali pada jalan yang Allah murkai.Hari ni,ustazah takkan mengajar
kamu,ustazah tak dapat nak mengajar hari ni,kerana ustazah masih terkejut dengan kejadian tadi.Ustazah seperti tak percaya,anak-anak,jagalah diri antum semua.Ingatlah Allah,Ingatlah Allah,Ingatlah Allah.Baiklah,sampai sini
dulu,insyaAllah jumpa minggu hadapan.Assalamu’alaikum.”Usta?zah Nadzirah mengakhiri kelas dan melangkah keluar.Semua pelajar tergamam,dan keadaan mula menjadi bingit mengenai kisah yang Ustazah Nadzirah ceritakan tadi.


Wardatul Jannah beristighfar…
Teringat akan perasaannya pada Abdullah Mujahid…
Ingin diceritakan pada kawan-kawan seusrah, malu,kerana penampilannya boleh dipanggil ustazah jika tidak mengenalinya,lengkap bertudung labuh serta berjubah setiap hari.Takut menjadi fitnah pada Islam,fikir Wardatul Jannah.

***

“Jannah…”panggil Hasnita sekelas dengan Wardatul Jannah.

“Ya Nita,ada apa ye?.”

“Ni…ada surat dari peminat..huhu…k tata…nak cepat…”dalam sekelip mata,Hasnita hilang dari pandangan,belum sempat Wardatul Jannah berkata apa-apa.

“Erk..?”Wardatul Jannah membuka lipatan kertas putih dan bertulisan hijau.


Assalamu’alaikum w.b.t…
Ya ukhti…sebenarnya,dah lama ana perhatikan anti.
Ana suka dengan gaya anti.Sapa ana?Erm,tak perlu ana beritahu,
anti pasti kenal ana,cuma ana tak sanggup lagi nak bagi tahu.Ana tak boleh terima bila
ramai lelaki di asrama ana yang asyik menyebut nama anti,ana jeles…huhu.
Harap anti faham kenapa ana tulis surat ni.Surat ni sebagai tanda yang anti kepunyaan orang.Iaitu ana.”~ secret admirer ~

“Astagfirullah haladhzim…”Wardatul Jannah mengucap panjang.
“Aku telah lalaikan seorang lelaki?Ya Allah…ampuni aku…Jangan Engkau menguji aku perkara sebegini,aku tak mampu ya Allah…”air matanya mula mengalir membasahi lengan jubahnya.Wardatul Jannah merasakan perasaan dia pada Abdullah Mujahid dipertontonkan melalui orang lain.Surat itu dilipat sekecil mungkin dan dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.Imannya rasa diuji.

Wardatul Jannah berjalan pulang ke biliknya sambil berfikir semua perkara.Hari itu adalah hari yang sangat rumit baginya.Bercelaru dengan perasaan,larangan serta kebenaran.Kadang-kadang,keluha?n dilepaskan.


Tit Tit…
Mesej Diterima

“Jom solat Asar sama-sama,ukhti…-secret admirer”
Dari:Unknown


Wardatul Jannah terkejut,pantas dia memadam mesej itu.Sekilas dilihat jam di tangannya,pukul 6 petang tepat.Hatinya makin resah,tidak tahu empunya diri yang mengelarkan diri sebagai ‘secret admirer’ itu.Langkahnya
dicepatkan.Sesampai sahaja di biliknya,dia duduk bersandar dan cuba bertenang.Mata dipejam.
“Ya Allah…aku tak tahu,apakah yang berlaku ni?” dia mula merintih.

Tiba-tiba,telefonnya berdering minta diangkat.

Wardatul Jannah lantas mengambil telefon bimbitnya.

“Kak Raudhah call?Eh,tak pernah-pernah pun sebelum ni?”Wardatul Jannah merasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Assalamu’alaikum..”sambut Wardatul Jannah sopan.

“Jannah,Jannah….”suara Raudhah seperti dalam kecemasan.

“Eh,kenapa Kak Raudhah?”Wardatul Jannah mula risau.

“Jannah duduk blok A, Mahallah Shafiyyah kan?”

“Ya,ya kenapa kak?”

“Ha..cepat-cepat turun,ni Hasanah pengsan,tak de orang pulak kat sini.Cepat…!” jerit Raudhah seperti kebuntuan.

“Ya Allah!Ok ok kak,kejap,kejap.Assalamu’alaik?um.”balasnya mengakhiri panggilan.


Wardatul Jannah laju menuruni tangga dari tingkat empat biliknya ke bawah.Dia tercari-cari kelibat Kak Raudhah dan Hasanah yang dikatakan pengsan seketika tadi.Tapi tiada.Tidak jauh dari situ,ada bayang seorang lelaki.
Wardatul Jannah cuba menelefon Kak Raudhah semula dan berjalan menjauhi dari lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri.


“Wardatul Jannah…”suara garau kedengaran di gegendang telinga Wardatul Jannah memanggil namanya.

Bergetar tubuh Wardatul Jannah,suara itu sangat dikenalinya.Wardatul Jannah memalingkan badannya melihat empunya suara itu.

“Mujahid?”

Bummm…!


“Adehh…sakitnya…”,Wardatul Jannah menggosok-gosok pinggangnya yang kesakitan terjatuh dari katil.

“Astaghfirullah haladhzim…sampai dalam mimpi aku dia masuk?Ish tak boleh jadi ni.Jannah,lupakan dia,Jannah lupakan….!!”jeritnya pada diri sendiri.

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi.Wardatul Jannah bingkas bangun dan menunaikan solat sunat pada malam itu.Meminta keampunan serta kekuatan dari Allah S.W.T.

Wardatul Jannah bersiap untuk ke kelas pada pagi itu seperti biasa.Mimpi pada malam tadi masih terbayang di ingatannya.Malu jika bertembung dengan lelaki dalam mimpinya itu di alam realiti pula.

“Mujurlah hari ni tak de kelas Dirasah fil Qur’an,harap-harap tak berjumpa.Ya Allah,beri aku kekuatan.Bismillahitawakkaltu ‘alallah”,doa ringkas dibaca sebelum melangkah meninggalkan biliknya.


‘Aku baru tahun satu,lama lagi nak habis belajar.Janganlah ada perasaan seperti ni lagi.Jannah,habiskan study dulu,jangan nak gatai sangat,ingat kenapa Jannah datang U…?Balas jasa ummi abi Jannah.Jangan kecewakan
mereka.’hatinya bermonolog.Imannya menasihatkan.

Sampai saja di kelas,Wardatul Jannah membaca nota yang dilekatkan di pintu.


Madkhal ila al-Fiqh
Section 2
Thursday/5/8/2010
Class have been cancelled


Wardatul Jannah berjalan terus ke perpustakaan.Telefonnya yang diletakkan di beg galas belakangnya cuba dicapai seboleh yang mungkin.

“Ish mana pula handphone ni.Huh jumpa..!”kuat Wardatul Jannah menarik telefon bimbitnya sehingga terjatuh pecah.Berterabur pecahan telefon bimbitnya di lantai.Orang di sekelilingnya terkejut melihat dan berlalu pergi.Tiada yang sudi membantunya.

“Nah sis…”suara garau di dalam mimpi Wardatul Jannah kedengaran.Wardatul Jannah takut berpaling.Tapi dia kuatkan semangat dan buat seperti tiada apa yang berlaku.

“Jazakallah..”pandangannya ditundukkan.Memang benar Abdullah Mujahid datang membantu,kebetulan dia dan kawan-kawannya melalui kawasan itu.

“Barakallahufik,”balas Abdullah Mujahid juga menjaga pandangan dan berlalu meninggalkan Wardatul Jannah sendirian.

Selangkah Wardatul Jannah berjalan…

“Eh Jannah?Kenapa dengan handphone awak?”Ainin menyapanya bila melihat pecahan-pecahan telefon bimbit kepunyaan kawannya itu pecah.

“Tak de apa-apa, terjatuh tadi.”

“Huh terjatuh?Awak pun terjatuh sekali ke tadi?

“Tak de lah,handphone ni je.”

“Dah tu..merah semacam je muka tu kenapa?Haa…ada putera raja tolong ke?”

“Eh,astaghfirullah haladhzim..tak pe la,saya pergi dulu ye.”Wardatul Jannah cepat mengelak risau hatinya makin lalai diusik sedemikian dan boleh menjadi fitnah padanya juga.

‘Ya Allah,ujian apakah ini.Kenapa susah sekali aku nak laluinya.Ia sentiasa bermain-main difikiran dan hatiku ya Allah.’hatinya mengadu meminta simpati.

“Ustazah Nadzirah?Ha…ya aku patut minta nasihat darinya.”katanya pada sendiri.Wardatul Jannah berjalan terus menuju ke bilik Ustazah Nadzirah dan membatalkan niatnya untuk ke perpustakaan sebentar tadi.Di dalam fikirannya,masih rungsing bagaimana cara untuk menceritakan pada ustazah kesayangannya itu.

Sampai sahaja di bilik ustazah Nadzirah…


“Terima kasih ustazah…”kedengaran suara seorang lelaki baru selesai berurusan dengan Ustazah Nadzirah.

‘Dia lagi?’,Wardatul Jannah makin berdebar.Sudah 2 kali dia berjumpa dengan Abdullah Mujahid pada hari itu.

Abdullah Mujahid memandang sekilas,wajahnya seakan terkejut dengan kehadiran Wardatul Jannah di depan matanya.Dia senyum dan berlalu.Selepas Abdullah Mujahid berlalu,Wardatul Jannah memberi salam dan meminta
izin untuk masuk.

“Assalamu’alaikum…”

“Wa’alaikumussalam…ya,ada apa ya?,”ramah Ustazah Nadzirah membalas.

“Saya Wardatul Jannah,dari kelas Dirasah fil Qur’an ustazah,nak minta pendapat ustazah boleh?”

“Oh,boleh insyaAllah.Apa nama tadi?”

“Wardatul Jannah.Panggil Jannah je.”

‘Oh,dialah Jannah rupanya…’Ustazah Nadzirah bermonolog sendiri.

“Jannah…duduk dulu.Nak tanya apa ye?”


“Ermm…macam ni ustazah,saya sejujurnya sangat tegas dengan isu couple sebelum kahwin ni.Mamnu’,dilarang sama sekali.Tapi ustazah,bila saya diuji rasa minat pada seorang lelaki ni,saya jadi resah ustazah.Saya tak tenang,
lagipun dia satu kelas dengan saya.Kelas Dirasah juga.Walaupun hari ni tak de kelas Dirasah,Allah izin,bertembung juga,saya jadi tak tenang ustazah.Macam mana saya nak buang perasaan ni?”luah Wardatul Jannah segala yang
digusarkan sebelum ini.Hatinya rasa puas.


“Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.Cuma bagaimana kita nak kawal rasa cinta tu melalui jalan yang disyariaatkan Allah?Bagi remaja macam anti,normal wujud perasaan begini,tapi macam mana nak tepis cinta
remaja ni?Pertamanya,kita kena tegas dengan prinsip diri.Macam anti cakap tadi,anti memang takkan bercinta sebelum kahwin.Jadi tegaskan prinsip diri anti.Kemudian letakkan misi yang jelas dalam hidup anti.Bila anti
rancang nak dirikan rumahtangga?Masa belajar ke?Kalau ya,tahu berapa?Tahun pertama?Kena jelas semua tu.Rancang betul-betul.Selain tu,bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh,mengekang hawa nafsu,mendekati
majlis-majlis ilmu,menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah dan akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.InsyaAllah dapat menepis cinta remaja macam anti.Sibukkan diri anti dengan hal-hal lain.Jangan selalu
bersendiri,syaitan suka hasut dan goda kita masa tu.Dan kita pula senang termakan hasutan dan godaan syaitan laknatullah ni.”terang Ustazah Nadzirah dengan panjang lebar,menunjukkan masalah ini sangat perlu dititik beratkan.
Dari perasaan inilah,jika tuan punya diri tidak berfikir panjang,akan merosakkan dirinya dan orang lain.


“Alhamdulillah,penerangan ustazah sangat jelas.Saya akan cuba yang terbaik kerana Allah.Saya kena lebih tegas selepas ini.Ya Jannah pasti boleh!.”tegas Jannah pada dirinya.Wardatul Jannah lebih berkeyakinan untuk melalui
ujian yang sebelum ini dia sering mengeluh.

“Alhamdulillah.Boleh ustazah tahu siapa?”

“Erk,tapi ustazah jangan beritahu dia ye,selagi saya masih sekelas dengan dia.Maluu…”,muka Wardatul Jannah berubah menjadi kemerah-merahan kerana teramat malu dengan perasaan sendiri.

“Ya,ustazah faham perasaan anti.”

“Ermm..dia Abdullah Mujahid…”

“Oh,yang tadi baru jumpa ustazah tu?”

“A’ah,tadi kali kedua kami terserempak untuk hari ini saja, ustazah.”

“Dia tahu anti minat dia?”


“Eh,tak tahu ustazah.Lagipun dia tak kisah kot,ramai muslimat yang minat dia.Siapalah saya.Tapi saya memang tak nak fikir pasal benda-benda ni lagi.Saya nak fokus belajar dulu.Ustazah tolong saya ya…”bersungguh Wardatul Jannah untuk berubah.
“InsyaAllah selagi ada tekad,kemahuan,ada keazaman,anti pasti boleh.Dan ingat ya,ada hadis menyebut:

?? ??? ???? ??? ???? ??? ????
[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]


Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”
[Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami, dan lain-lain]


Dalam riwayat lain pula maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid.”Ustazah Nadzirah tersenyum.


“MasyaAllah,hebatnya orang yang bersabar,moga saya tergolong dalam golongan-golongan seperti ini.”Wardatul Jannah kagum dan hadis itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menjaga diri dari terjebak dengan cinta dusta sebelum berkahwin.

“InsyaAlah.Allah sentiasa bersamamu.”Ustazah Nadzirah menamatkan kalam.

Pada keesokannya,Wardatul Jannah bersama 5 ahli halaqahnya beriadhah di tasik berdekatan Female Sport Complex di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Cawangan Gombak,Selangor.

Usai beriadhah,Wardatul Jannah berkongsi tentang memendam rasa cinta dan hadis yang diterangkan Ustazah Nadzirah sebelum ini.Dia tahu,mungkin satu hari nanti,adik-adik halaqahnya pula akan merasa seperti yang dirasainya.

“Baiklah adik-adik akak sayang fillah,sampai sini dulu,insyaAllah jika tiada aral,Allah beri pinjam lagi nyawa pada akak,kita jumpa lagi minggu hadapan.Akak minta maaf sekiranya,sepanjang akak bersama adik-adik,adik-adik
ada terasa dengan akak,akak termarah adik-adik,akak termakan makanan adik-adik,akak minta maaf sangat-sangat.”Wardatul Jannah meminta maaf seperti biasa sebelum mereka berpisah.

Adik-adik halaqah Wardatul Jannah mula sebak.Kata-kata kakak naqibah kesayangan mereka pada pagi itu sangat berbeza,maafnya tidak seperti sebelum ini.Sepertinya,dia akan meninggalkan dunia ini selama-lamanya.


“Kak Jannah…jangan cakap macam tu,Kak Jannah sangat baik,Kak Jannah sentiasa mendahulukan kami dan membela kami dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan bersama.Kak Jannah tak de salah pun dengan kami.Kami
bersyukur sangat Kak Jannah jadi naqibah kami.Kak Jannah pandai mengambil hati kami,tak pernah buat kami sedih,kami selalu rasa tenang bila bersama akak.Bila kami tengok akak,mesti kami rasa dekat je dengan Allah.Kami
semua sayang akak.”Aisyah mewakili kawan-kawannya.Dan mereka semua mengangguk tanda setuju dengan setiap kata yang diucapkan Aisyah.

Wardatul Jannah terharu mendengar setiap patah kata yang diluahkan Aisyah.Dia bingkas bangun dan memeluk seorang demi seorang adik-adik halaqahnya,dan berpesan:


“Dik…jaga diri,ingat Allah sentiasa bersama kita,tika susah atau senang.Jangan sesekali melanggar perintahNya,kerana Dia Tuhan kita,kita ni cuma seorang hamba dik,yang mana hakikat seorang hamba ni,tidak layak sedikit pun
untuk membantah.Ingat ya dik,jagalah peraturan-peraturan yang Allah tetapkan,insyaAllah Allah pasti menjaga adik.Akak sangat sayang pada adik kerana Allah.Jadilah mawar agama ya dik.Buat sesuatu untuk membantu agama kita.”


Masing-masing menangis seperti hari itulah hari terakhir dan mereka tidak akan berjumpa lagi.Rasa ukhwah mereka sangat kuat sehingga tiada yang dapat menafsirkan kenapa mereka menangis sebegitu teruk seperti tidak akan
berjumpa lagi selepas perjumpaan pagi itu.Padahal segala ketentuan semuanya datang dari Allah.

Wardatul Jannah dan adik-adik halaqahnya berpisah menuju destinasi masing-masing.Wardatul Jannah menuju ke masjid untuk solat sunat Dhuha dan ditambah dengan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat.Pagi itu,dia
betul-betul dapat merasakan dia tidak dapat lama lagi di bumi Allah itu.Ummi dan Abinya juga ditelefon dan meminta maaf,begitu juga pada Ustazah Nadzirah.Mereka semua pelik dengan sikap Wardatul Jannah.Ibu bapa
Wardatul Jannah bergegas datang ke kampus dari Kedah untuk melihat keadaan anak mereka yang bersikap agak pelik pada hari itu.


“Ya Allah,aku cuba untuk Islah Nafsi (diriku) dan mengajak orang lain supaya sama-sama membantu agama Islam yang suci ini, tapi ini sahaja yang aku mampu,kerana aku insan yang lemah,hamba yang hina disisiMu yang ada
kelemahan,serta sentiasa lalai dalam melalui liku-liku hidup ini.Ampuni aku ya Allah.Ampuni aku Ya Allah,Ampuni aku Ya Allah.Amin Ya rabbal ‘alamin.”


Lantas Wardatul Jannah sujud untuk rasa lebih dekat dengan Penciptanya.Matanya merah,dan menjadi sembam kerana terlalu banyak menangis hari itu.Ditambah lagi tidak cukup tidur pada malam hari.Walaupun begitu,
Wardatul Jannah rasa sangat tenang dan segala bebanan yang dirasakan sebelum ini telah hilang.Syukurnya pada Allah S.W.T kerana memberi perasaan itu padanya.Alhamdulillah.


Wardatul Jannah berjalan pulang ke Mahallahnya di seberang jalan.Kereta pada hari itu tidak banyak,tetapi agak laju.Matanya berpinar di bawah terik cahaya matahari.Sebelum melintas,Wardatul Jannah melihat ke kiri jalan,bimbang ada kenderaan,tapi matanya mula berpinar-pinar,kepalanya juga dirasakan seperti berpusing.

Tiba-tiba,dia rebah di tengah-tengah jalan raya.Kereta laju dari arah kiri tidak sempat membrek dan menggilisnya menyebabkan tubuhnya terpelanting jauh ke atas rumput di tepi jalan.Kepala Wardatul Jannah terhantuk batu,menyebabkan dia kehilangan banyak darah.


Kereta itu berhenti dan memberi bantuan.Dia menghantar Wardatul Jannah terus ke hospital.Semua saksi yang melihat tidak dapat membuat apa-apa kerana kemalangan itu berlaku terlalu pantas.Ibu bapa Wardatul Jannah selamat tiba di hospital setelah dimaklumkan oleh pihak asrama tentang kejadian itu.

Tepat jam 12 malam,iaitu pada malam Jumaat,Wardatul Jannah menghembuskan nafas terakhirnya.Segala yang
dirasakannya menjadi kenyataan.Wajahnya tenang dan seperti sudah bersedia bertemu Rabbnya.Doktor mengatakan Wardatul Jannah tidak cukup rehat dan badannya lemah menyebabkan dia pengsan pada hari kejadian.Beliau
selamat dikebumikan pada pagi Jumaat keesokannya.

“Assalamu’alaikum anak-anak pelajar…”Ustazah Nadzirah memulakan kelas.Matanya merah seperti baru sahaja lepas menangis.Beliau mengumpul kekuatan untuk mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada Wardatul Jannah.

“Wa’alaikumussalam…”,


“Anak-anak,benar,kita tidak tahu bila ajal kita.Kita tidak tahu bila Allah akan jemput kita.Di usia tuakah?Diusia mudakah?Kita tak dapat menjangkanya.”Ustazah Nadzirah menghela nafas.Suaranya mulai berubah.

Pelajar-pelajar semua terkejut kerana tajuk yang Ustazah Nadzirah pilih pada hari itu tentang kematian dan seperti sesuatu telah berlaku kerana Ustazah Nadzirah sendiri kelihatan sedang bersedih.Mereka semua menumpukan
perhatian.


“Anak-anak,Allah sangat menyayangi beliau.Allah ambil beliau yang mana masih muda,mempunyai pendirian yang kuat,sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi solehah…,” Ustazah Nadzirah mula menangis.

Pelajar-pelajarnya terkejut dan tidak tahu siapa yang dimaksudkan Ustazah Nadzirah,mereka semua tertanya-tanya.Masing-masing mula berdebar dan meremang.


“Anak-anak pelajar,tahu tak,bahawa kali terakhir pelajar ini berjumpa saya,dia minta pendapat saya,bagaimana dia nak jaga diri dia,dia diuji meminati seorang lelaki.Dia tidak izinkan saya memberitahu lelaki itu selagi dia masih
berada di dalam kelas ini,kerana lelaki itu juga ada di dalam kelas ini.”Ustazah Nadzirah memandang sekilas wajah Abdullah Mujahid dan meneruskan kalamnya.


Abdullah Mujahid menunduk,sesungguhnya,dia juga mempunyai perasaan yang sama pada Wardatul Jannah.Ustazah Nadzirah sudah memberitahu padanya melalui mesej malam semalam tentang kematian Wardatul Jannah.
Pada hari Abdullah Mujahid terserempak dengan dengan Wardatul Jannah dibilik Ustazah Nadzirah,itulah hari yang mana Abdullah Mujahid memulakan langkah pertamanya selepas istikharah dilakukan untuk merisik seorang gadis
dan ingin mengetahui latar belakangnya,melalui Ustazah Nadzirah sebagai orang tengah.Dan gadis itu adalah Wardatul Jannah.

Semua pelajar mulai berbisik sesama sendiri,kelas mulai bising.

Ustazah Nadzirah mula membacakan hadis yang pernah dikongsikan pada Wardatul Jannah.

?? ??? ???? ??? ???? ??? ????
[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]

Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”


“Alhamdulillah,anak-anak,dia dapat capai cita-citanya,dia meninggal dalam keadaan dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar walaupun sedang jatuh cinta,tetapi dia pendamkannya sehingga kematian menjemputnya.Dan dia
tergolong sebagai seorang yang syahid.Allahuakbar.Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Sesungguhnya,dialah salah seorang dari mawar-mawar syurga….”

Semua pelajar terkejut dan tahulah mereka Wardatul Jannahlah yang dimaksudkan Ustazah Nadzirah.Ada beberapa pelajar perempuan menangis tersedu-sedan menyebabkan semua yang lain juga menangis sehingga Ustazah
Nadzirah sendiri membatalkan kelas pada hari itu,untuk membina semula kekuatan dirinya dan pelajar-pelajarnya.Kisah Wardatul Jannah menjadi inspirasi serta contoh yang baik buat pelajar-pelajar yang sedang diuji dengan
perasaan cinta pada lelaki atau perempuan ajnabi.

…TAMAT…